Thursday 28 June 2012

MITCOM SHOWROOM

Semalam Pn. Nuurul, Aida dan En. Zaki (ICT) telah ke Mitcom yang terletak di Putra Height untuk memenuhi jemputan Integration Showroom Centre for Collaboration Solution... Punya panjang tajuknya pun...

Sepatutnya our TSUB, Mr V ikut sekali tetapi dia ada perjumpaan dengan TKSUK lak...

Showroom ni berkenaan dengan teknologi terkini AV dan ICT system.... Tapi kebanyakkannya berkaitan dengan ICT la... Aida dan Pn. Nuurul hari tu dah tengok dah semua sistem2 ni... Semalam tengok lagi (sambil berangan benda2 ni sume ada kat PICC) tapi dengan penerangan yang lebih detail...

Yang penting ada makan free... Makanan sedap2 lak tu.. Terpaksa la 2 orang minah yang kononnya diet tu mengorbankan dietnya kerana tergoda dengan makanan2 yang dihidangkan.. Ada orang tu siap tambah lagi makan... Sapa tu ek....??



Sempat lagi pose... En. Zaki buat2 kusyuk dengar la pulak...

Ni la door gift yang kami dapat... Paling best ada voucher Harvey Norman...



* Boleh la beli sofa cap Harvey Norman lepas ni.... :))


Monday 25 June 2012

PERHIMPUNAN PICC BULAN JUN 2012

Memang tunggang langgang la post aku ni... Perhimpunan ni awal bulan lagi tapi dah hujung2 bulan ni baru nak update.... Lantaklah... Janji ada...

Perhimpunan bulan Jun ni sama jugak macam bulan2 lain... Paling penting amanat dari TSUB untuk semua warga PICC.. Jangan dengar je tau... Buat macam apa yang dicakap oleh Mr V tu....

Selain daripada tu ada jugak penyampaian kad hari lahir untuk yang lahir bulan Jun... Unit AV ada 2 orang Pn. Nuurul dan Jihadi... Dapat voucher Jusco lagi tu.. Selamat bershopping...

Yang menariknya perhimpunan kali ni ada upacara potong kek untuk yang celebrate birthday bulan April, Mei dan Jun.... Dan yang buat lagi best sebab kek tu favourite aku.. Red velvet.... Memang sedap.... Kalau tiap2 bulan ada macam ni pun ok jugak... Tapi tu lah... 3 bulan sekali baru ada potong2 kek ni...


Amanat dari TSUB

Bacaan doa oleh Izad

Birthday boy 10 Jun

Birthday girl 20 Jun

Kek yang sedap


* Macam tak sanggup nak celebrate birthday tahun ni sebab angka depan dah bertambah... Huhuhu...


Sunday 24 June 2012

SEBAHAGIAN EVENT PICC 2012

Terlalu banyak sangat event... Tak terkejar nak update satu2... Aku rangkumkan sekali je lah... Ni pun event yang besar2 je.... Tapi bukan sume le... Sebahagan kecil je... Yang lain2 tu nanti lenkali update lagi...

MAJLIS APC JAB. AUDIT NEGARA




KONVENSYEN BIDADARI DUNIA




GLOBAL LEADERSHIP AWARDS




KONVOKESYEN MASTERSKILL




PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PM




SESI WARGA GLC BERSAMA PM




PERHIMPUNAN PM BERSAMA WARGA AGAMA




RAHAT FATEH ALI KHAN CONCERT




TALENT CORP




WEDDING EXPO APRIL





WEDDING EXPO MAC





WEDDING SCHAWAL




WEDDING YUSRY LISA




ADIK-ADIKKU





Friday 22 June 2012

JUNE'S BIRTHDAY

Ada 2 orang yang sambut birthday dalam bulan Jun ni... Pn. Nuurul dan Jihadi... Kami sepakat untuk celebrate kat Padi House, Galeria Presint 4.... Tempat baru buka... Not bad... Makanan sedap, servis pun boleh tahan cepat gak, deco restoran pun cantik....

Layan gambar2 ni k....



carrot cake from secret recipe.... request from birthday girl...


birthday girl with sweet pavlova...

birthday boy tengok apa tu...??

alamak... tetiba jadi model kek... hehehe...

senyum lebar nampak....

pening nak pilih makan apa...