Saturday 22 September 2012

MAJLIS RAYA PICC 2012

Sambutan hari raya PICC 2012... Hari yang ditunggu2 oleh sume warga PICC... Tahun lepas tak de sambutan... So sambutan tahun ni haruslah meriah kan....

Sambutan tahun ni diadakan di Fine Dining... Lokasi sama gak macam 2 tahun lepas... Cuma yang bezanya tahun ni ada pertandingan Gerai Tercantik... Setiap unit dan syarikat penyelenggaraan di PICC diberikan satu gerai untuk dihias dengan cantik dan dihidangkan dengan makanan yang paling best....

Unit AV sepakat untuk buat sweet buffet yang pastinya lain dari yang lain dan memang tak kan ada unit lain buat... Wah gitu.... Tapi memang betul.. Gerai unit kami memang menyerlah dari gerai orang lain.... (Puji unit sendiri... Suka hati la... Dah ini memang blog kami...)

Walaupun keputusan untuk buat sweet buffet ni dibuat segera selepas menerima e-mel daripada admin PICC... Tapi persiapannya very the last minute... Majlis hari rabu kol 12... Persiapan buat hari Selasa petang n pagi hari Rabu tu... Boleh?? Tu pun sebab gelabah tengok unit2 lain gile semangat mendeco gerai masing2... Kalau tak kami sume memang dok merilex je lah... Memang kelam kabut... Nasib baik ada yang rajin menjadi runner beli segala macam makanan dan barang2 untuk deco... (kredit to Pn. Nuurul n Aida untuk beli barang2 deco, bahan untuk puding, kek dan kuih raya. Shamsul yang berusaha bersungguh2 gi cari marsmallow spiral dan coklat. Jihadi pulak runner untuk beli buah...) Juga kredit untuk yang tido kol 5 pagi untuk siapkan puding honeydew, mango , laici dan coklat.... :))

Kami pilih tema kaler hijau kuning yang memang sinonim dengan hari raya... Kaler ni dipilih sebab kami dah memang ada lampu pelita dan ketupat kaler hijau kuning... Deco pulak kami pilih english design which is memang too different dengan unit2 lain yang majoritinya pilih tema kampung...

Kami mula mendeco pun pada pagi Rabu tu... Very the last minute uollsss.... Tapi nasib baik jugak kami tak deco siap2 hari Selasa tu sebab malam Rabu tu PICC dilanda hujan ribut yang agak dasyat sehingga meranapkan gerai2 yang dah cantik dihias... Kira ada hikmah jugak la kami tak hias awal2... Hehehe...

Tapi jangan terkejut ye mak jemah2 sume gerai kami dapat naib johan ok... Underdog pun underdog la... Janji menang... Kami kalah pun dengan gerai yang memang super duper hebat... Gerai dari Unit F&B dan Kewangan... Siap ada pondok dan backdrop sebesar alam gitu....

Wah... Agak panjang lebar pulak aku bercerita pasal gerai je... (memang itu pun tumpuan sambutan kali ni...) Selain daripada gerai kami yang cantik tu (puji lagi.. hehehe... ), kami juga terlibat dengan persembahan untuk majlis hari raya kali ni... Fisi mendendangkan lagu raya manakala Jihadi, Anna n Aida jadi pelakon dalam sketsa raya... Pelakon utama tu kot... Hehehe... Walaupun sume bidan terjun je kan... Anna jadi heroin, Jihadi n Aida plak jadi Pak Haji n Mak Haji.. Mak bapak kepada Anna.... Menjadi juga la lakonan kami walaupun hanya sekali je rehearsal (tu pun dalam keadaan yang amat kelam kabut dan tak cukup orang...) Kalau lagi banyak rehearsal mesti lagi mantap lakonan kami kan... Lain2 pelakon En. Yohaniz (sales) sebagai Pian aka hero cite ni, Sham (admin) sebagai Sham aka kawan baik Pian, Adila (praktikal) sebagai mak Pian, Syed (Suria Rahmat) sebagai bapak Sham, Alif n Haswadi (KP) sebagai polis, Saiful (F&B) sebagai Epul aka penjahat dalam cite ni, Dayang (sales) sebagai mak Epul aka mami jarum, Aishah (kewangan) sebagai Ecah aka kawan mengumpat mami jarum dan Arif (F&B) sebagai ketua pejahat... Cite ni sambungan daripad sketsa raya 2 tahun lepas.. Cuma pelakon je ada yang bertukar...

Walau apa pun sume orang memang enjoy untuk sambutan raya kali ni.. Harap tahun depan ada lagi sambutan yang lebih meriah... Kalau nak buat persembahan pun harpnya ada latihan dari awal.. Baru la mantap... Dan mungkin boleh diadakan pertandingan baju raya paling vouge...

Cakap banyak pun tak guna (walaupun memang dah panjang lebar rasanya aku tulis ni...).. Layan kan plak gambar2 kami sepanjang majlis... Terutamanya gerai kami yang cantik tu (ok.. last puji.. tak puji dah lepas ni.. :P)


preparation

almost ready

tadaa... dah siap... cantik kan.... alamak.. terpuji lagi.. ampunn....

penilaian juri... tengok tangan en vallu.. kat ctu dah nampak menang...

gerai unit F&B n kewangan yang memang terbaik... siap ada pondok, vespa segala bagai... mau x juara....

gerai unit admin... no 3... tapi kan gerai dorang memang klasik... banyak props barang antik (tapi tak nampak la plak dalam gambar ni...)... yang paling mahal.. selipar jepun kat atas atap tu... sapa punya selipar la jadi mangsa....

gerai ICT.... menu ubi rebus memang sempoi....

gerai LMS.. kontraktor pembersihan

gerai unit keselamatan

gerai Enrich Focus... kontraktor landskap... mentang2 dia buat landskap habis segala pokok dia angkut buat hiasan gerai dia... hihihi

gerai unit PKP n logikstik aka gerai diva divo

gerai syarikat logistik

MC of the day... Dayang (sales) n Fendi (admin)

sketsa bermula...

amboi satu family ni... bukan main lagi

cangkul apa tu pak haji oii...

air ribena tu.. kelas ko jah....!

jahat lagi.. kan dah kena tangkap...

artis PICC

kanak2 riang sangat...

kot ye pun lapar... cover la sikit en fisi oit....

posing ayu ye sume....

wajib ada... :))

suka romeo dikelilingi aweks....

nak jugak...

main lagu apa tu adik manis...?

tahun depan boleh sain kontrak jadi model gerai kami k...


technical team utk hari tu...





No comments:

Post a Comment