Wednesday 13 February 2013

AV TRIP TO MELAKA

Salah satu aktiviti tahunan kami adalah holiday kat mana2 tempat menarik dalam Malaysia (in sha allah... ada rezeki kami ke oversea plak).... Untuk tahun 2013 ni kami pilih Melaka sebagai tempat untuk kami release kan segala tension and stress yang ada... Lupakan seketika pasal keje....

Kami ke sana pada 12-13 Jan 2013... Awal tahun event tak banyak.. Boleh la nak holiday pun.. Bila event dah stat banyak jangan harap la kami dapat tinggal keje... Tambah plak target PICC untuk tahun ni adalah 700++ event... Bayangkan lah... So gunakan sepenuhnya masa yang ada ni...

Destinasi pertama kami di Melaka adalah Melaka Wonderland... Terletak di Ayer Keroh... Lepas tol sebelah kanan... Water park dia boleh tahan best... Yang menambahkan best lagi sebab orang tak ramai.. Enjoy sakan la... Macam tempat ni kami yang punya... Sume main tak ingat dunia... Go kart pun ada gak dalam ni...

Yang paling rasa tak berbaloi dan tertipu adalah Dinosaur Park.. Takde pape langsung selain daripada patung dino dan rangka dino.. Rasanya lebih layak dipanggil padang pasir park kot... RM15 kot sorang tiket nak masuk dalam ni.. Sapa2 datang sini disarankan supaya jangan sesekali beli tiket masuk dalam ni... Korang pasti akan rasa penyesalan yang amat sangat seperti yang kami rasa...

Kami menginap di Hang Tuah World Heritage Hotel yang terletak di Bandar Hilir... Hotel ni memang ok dan berbaloi dengan harga.... Service juga boleh tahan bagus.... Sapa2 datang Melaka boleh la cuba hotel ni...

Untuk dinner kami dibawa oleh 'tourist guide' kami ke Crystal Bay... Pekena ikan bakar... Fuhhh... Memang mantap dan terangkat... Sume makan dengan penuh kusyuk.... Akibat kekenyangan yang amat sangat plan nak ke Jonker Walk dan Pahlawan Walk terpaksa dibatalkan.. Rata2 memilih untuk ke 'katil walk'... Zzzzzz........

Hari ke2 kami dimulakan dengan breakfast di kedai yang teramat banyak pilihan makanan... Sebut saja nak makan apa sume ada.... Nasi lemak, roti canai, soto, bihun sup, kuih muih, satay, otak2,bubur dan macam2 lagi la.... Rambang mata kami dibuatnya.... Rasa2nya sume dah bertambah 2, 3 kg nih....

Aktiviti seterusnya adalah ronda Bandar Melaka... Kami naik beca, river cruise dan duck tour... Frustnya sebab menara taming sari is close for maintenance.... Salah timing daaa..... Tapi takpe sebab yang tu pun dah cukup puas untuk kami...

Paling menarik tentunya duck tour.... Kenderaan 2 alam... Darat boleh air pun boleh... Asalnya kenderaan ni adalah kenderaan perang zaman dulu2... Tahun berapa tak ingat... :p... Kenderaan ni hanya ada di Malaysia, Singapura dan China... Agak teruja juga la kami dapat naik benda ni...

Lunch kami hari ni adalah di Restoran Melayu Melaka... Terletak di tepi sungai Melaka.. View memang terbaik... Makanan juga sedap.. Kami makan secara buffet... Besnya kedai ni sebab kt depan kedai mengadap sungai tu diletakkan pondok untuk bersantai... Dapat la kami berehat kejap lepas makan....

Overall... Trip kami ni memang sangat best dan enjoy... Walaupun masing2 frust sebab tak dapat merasa coconut shake yang sedap kat Pantai Klebang tu sebab kedai dah tutup masa kami g... Bukan rezeki kami nak rasa kesedapan coconut shake tu... Huhuhu....


1st destination

bila bapak budak pun sibuk gak nak posing

tunggu tiket nak masuk

aleef meet alif

shamsul & syaqir

fikri & aiman

aida & medina





masing2 tunjuk skill ber go-cart




dinosour park ke padang pasir park....?


bilik kami

kapal selam


pantai klebang

medan ikan bakar crystal bay


muka lapar

ini je yang sempat diselamatkan


lobi hotel hang tuah world heritage hotel

hiasan di lobi hotel

en. rusdi's family


gerombolan

aida's family

anna's family

fikri's family

pn. nuurul's family

a'famosa

melaka river cruise

fisi's family



No comments:

Post a Comment