Monday, 2 April 2012

GO GREEN PICC

Satu lagi program yang sangat menarik n amat bermanfaat telah berjaya dianjurkan oleh PICC....  Go Green PICC... Setiap warga PICC diberi peluang untuk menanam satu pokok di kawasan PICC.. Setiap pokok akan dilabelkan dengan nama warga PICC... Boleh la wat kenangan ke anak cucu... Itu pun kalau pokok tu hidup sampai ke tua la... Hehehehe....

Program ini sebagai simbolik untuk menyelamatkan bumi dari kemusnahan alam semulajadi akibat daripada pembangunan yang kian pesat...

Setiap sorang geng AV tanam satu pokok.... Semangat tol kan kami... Ye lah... Mestilah kena sayangkan bumi kan....

















ASSYURA

Pertama kalinya PICC menganjurkan penyediaan bubur assyura....

Hari assyura disambut oleh umat Islam seluruh dunia pada 10 Muharram... Banyak peristiwa telah berlaku pada hari ini... Antaranya kejadian alam, kejadian Nabi Adam, hari pertama hujan diturunkan, hari pertama rahmat diturunkan, hari Allah menjadikan Jibrail dan bermacam2 lagi... Boleh rujuk pada pak cik Google k...

2 kawah bubur assyura berjaya dimasak oleh seluruh warga PICC... Bubur assyura yang kami buat adalah versi utara... Kalau versi pantai timur lain sikit... Tapi dua2 pun sedap...

Selepas selesai acara memasak bubur assyura, kami mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat....

Harap tahun depan boleh buat lagi sambutan ni....























BLACK & RED DINNER

Dinner ni diadakan pada awal tahun... Tahun ni memang banyak kali PICC wat dinner untuk staf... Tema yang dipilih ialah black n red... Ok la... Senang sume orang nak cari baju..... Yang special dinner ni sebab ada persembahan jemputan iaitu persembahan silap mata daripada Shahril (Fuyoo Magic di Astro)....

Setiap unit dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membuat persembahan semasa dinner... Unit AV bergabung dengan Unit PKP... Kami buat persembahan lakonan, nyayian n tarian lagu Kalau Berpacaran... Dapat lah No 2.. ( Bukan patut dapat No 1 ke... hehehe)














BACK TO SCHOOL

Tema dinner untuk PICC Day adalah Back To School.... Memang best n menjadi... Mostly yang datang pakai uniform sekolah... Ada jugak yang pakai pakaian badan beruniform n cikgu.... Pak guard yang jaga jalan tu pun ada.... Siap makan dalam tray lagi... Nostalgia sangat....