Saturday 24 March 2012

KUCHING SARAWAK

Kalau tahun 2008 kami holiday di Langkawi, tahun 2009 ni kami holiday di Kuching Sarawak lak... Pn. Nuurul, Yusli, Fisi, Aida n Izzad serta Pn. K (Unit F&B) dan Nisa (Unit PKP) telah sama2 menyertai holiday pada kali ini... Tujuan sebenar kami ke Kuching adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Anna n Pyan tapi alang2 kami dah sampai sana kami terus sambung dengan holiday sekali la.... Bukan senang nak sampai sana... Ini adalah pengalaman pertama kami semua di Kuching....

Kami betolak pada petang Jumaat menaiki Air Asia.... Cuma kami ber5 sahaja, Yusli, Fisi, Aida, Izzad n Nisa... Pn. Nuurul n Pn. K memang ada di sana seminggu lebih awal kerana kebetulan mereka ada kursus INTAN di sana.... Tiket flite agak mahal jugak walaupun kami telah membuat booking 2 bulan sebelum... Masa tu x de promo... Tapi x pe... Bila lagi nak g Kuching kan....

Sampai Kuching lebih kurang pukul 6.30 pm... Yang kelakarnya kami semua terpinga2 tengok nape hari dah gelap walaupun baru pukul 6.30 pm... Rupa2 nya kami terlupa di Kuching memang malam lebih awal daripada Semananjung... Awal lebih kurang sejam.... Hehehe... Macam jakun lak kan.... Maklumlah 1st time sampai sini.... Erm... Nampaknya x sempat la nak jalan2 kat bandar Kuching hari ni....

Kol Anna tanya cne kami nak ke hotel... Tapi abang dia dengan rela hati nak datang amik kami... Terima kasih sangat2 kat abang Anna... Walaupun sibuk dengan kenduri tapi masih sudi nak datang jemput kami.... Dia terus bawak kami ke Dormani Hotel.... Pn. Nuurul n Pn. K dah check in sini petang tadi... Dorang yang pilih  hotel ni... Cantik n selesa sangat....

Lepas check in kami rehat kat bilik jap... Plan malam ni nak g makan dekat area hotel ni je la... Tapi Anna kol bagitau abang n pak cik dia nak datang amik kami bawak g rumah dia... Mulanya kami semua macam segan sebab x nak susahkan dorang... Ye la dorang tengah bz dengan kenduri... Tapi bila nampak dorang sungguh2 ajak, x sampai hati plak kami nak tolak....


Sampai je umah  Anna kami dihidangkan dengan juadah yang sangat sedap... Kami yang memang sedia lapar pun apa lagi... terus ngap la.... :)) Lepas dah kenyang ayah Anna offer nak bawak kami ke Pasar Satok n nak bawak kami makan mee kolok n laksa sarawak.... Kami pergi sekali dengan famili Pyan....

Ayah Anna bawak kami g makan laksa sarawak n mee kolok yang paling best kat sini... Aku makan mee kolok... Memang best sangat... Yang lain2 ada yang makan laksa sarawak... Sume kata memang sedap... X sama dengan yang kami makan di semenanjung....

Sampai je kat Pasar Satok terus mata kami jadi juling... Segala2 nya ada kat sini... Aku rasa mak ayah je kot  xde jual...  Banyak jugak la kami memborong... Kain batik Sarawak, fridge magnet, t-shirt Sarawak dan macam2 lagi kami beli.... Dah agak2 x muat tangan nak bawak baru semua stop shopping... :D

Hari ke2 kami, destinasi utama adalah kenduri rumah Anna (memang itu pun tujuan asal kami ke Sarawak... ) Mulanya kami ingat nak g sendiri je ngan teksi tapi abang n pak cik Anna nak datang amik...

Nak tau apa yang beza sangat kenduri kat Kuching ni dengan kenduri di Semenanjung? Kenduri dorang stat seawal 8 pagi... Anna sanding jam 9 pagi... Kol 12 thari semua dah setel... Khemah semua dah turun... Memang ekspress.... Lagi satu yang special ialah makan beradab dorang... Dorang x makan beradab di meja macam yang kita slalu tengok di semenanjung... Meraka makan bersila n perlu lawan sapa cepat amik nasi dalam bekas... Bekas akan dibuka oleh mak andam sebanyak 3 kali... Suami n isteri perlu berebut sapa yang dapat amik nasi dulu... Sapa yang menang dianggap akan mengetuai rumah tangga.... Dan kemenangan telah berpihak pada Anna dengan mata 2-1 (siap bagi mata u....) Apa pun ni adalah adat sahaja... Tidak perlu terlau mempercayainya....

Lepas habis kenduri Anna kami ke Kampung Budaya Sarawak... Dekat je ngan umah Anna... Boleh naik bas tapi sekali lagi abang n pak cik Anna sudi nak hantar kami ke sana... Ayah Anna tolong kami dapatkan diskaun untuk tiket masuk... Terima kasih sangat2 kat famili Anna....

Kami ber5 (Yusli, Fisi, Aida, Izzad, Nisa) je ke Kampung Budaya ni... Pn. Nuurul n Pn. K terus balik hotel... Kami semua memang sangat excited nak masuk sini... Kat dalam ni terdapat rumah semua kaum di Sarawak... Ada rumah panjang, rumah tinggi n macam2 lagi.... View dalam ni pun cantik.... Last sekali kami menonton persembahan tarian daripada pelbagai kaum yang ada di Sarawak... Memang best n berbaloi sangat kami datang sini....

Balik pun abang n pak cik Anna jemput... Otw balik tu abang n pak cik Anna bawak kami ronda keliling kampung Santubung.... Dapat la kami tengok Gunung Santubung n Gunung Sejinjang yang berasal daripada Puteri Santubung n Puteri Sejinjang, 2 beradik dari kayangan yang disumpah menjadi gunung... X pasti la betul ke mitos je... Tapi bentuk gunung tu memang nampak macam bentuk orang....

Kami x terus balik hotel... Singgah rumah Anna dulu.. Makan malam kat sini... Memang jimat la duit belanja makan kami sepanjang kat sini... :)) Lepas makan ayah n pak cik Anna bawak lagi kami ronda2 Bandar Kuching.... Bandar Kuching boleh tahan besar n moden... Banyak juga bangunan pencakar langit n shopping complex yang besar2...Sempat jugak kami snap di patung Kuching... Acara wajib ni... Kalau x macam x feel datang Kuching... :))

Ayah n pak cik Anna bawak kami lepak kat waterfront... Kat sini ada banyak kedai makan n ada orang basking.... Best untuk rilex2... Ayah n pak cik Anna memang  best la... Walaupun baru habis kenduri dorang boleh je lagi layan kami lepak kat sini....

Hari ke3 yang juga last day kami di sini... Hari ni kami akan ke Serikin... Pn. Nuurul n Pn. K dah sewa van untuk kami ke sana.... Boleh tahan jauh jugak la nak sampai Serikin tu... Tapi puas hati sebab banyak sangat boleh shopping sebab barang2 memang murah... Tikar sarawak kat sini murah2... Serikin ni sempadan Indon.. Yang meniaga pun ramai orang Indon... Satu je yang x boleh tahan kat sini... Panasnya memang lain macam... Panas sangat.... Tapi masing2 tetap semangat shopping...

Lepas ke Serikin driver van bawak kami ke kedai ikan terubuk n kek lapis... Banyak la jugak kami beli untuk dibagi2kan kepada kawan2....

Lepas siap menyopping ikan terubuk n kek lapis, kami masih ada masa lagi sebelum ke airport... Kami ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh... Dapat la tengok orang utan... Tapi dari jauh je... Dia x nak datang dekat.... Lepas tu kami ke Muzium Kuching... Kat sini ada sejarah pasal kucing... Kucing x xde... Patung kucing ada.... Boleh la sambil2 nak tunggu masa ke airport....

Dan sekarang sampai la masa kami fly back to KL... Masa ni memang dah penat sangat... Flite kami malam... Dalam flite memang kami ZZZzzzzzzzzzzzzzzzz............... hingga sampai KL....






























A very big thank you to Anna's family sebab dah layan kami dengan baik sekali... Walaupun tengah kenduri tapi mereka sanggup meluangkan masa membawa kami ke tempat2 menarik sekitar Kuching...


No comments:

Post a Comment