Saturday 24 March 2012

TUNANG DAN KAWIN

Tahun ni menyaksikan 2 orang geng AV mendirikan rumah tangga dan sorang mengikat tali pertunangan.... Anna n Fikri telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing2 pada tahun ini... Pn. Nuurul pula telah selamat menjadi tunangan orang juga pada tahun ini....


Anna telah berkahwin dengan Mohd Sofian (Pyan) pada 1 Mei 2010 di Kuching Sarawak.... Pyan ni juga staf PICC dari Unit Admin... Satu lagi jodoh PICC selepas Aida n Izzad.... Tempat jumpa jodoh rupanya PICC ni kan... Ramai juga la yang berjumpa jodoh di sini macam dorang.... Pn. Nuurul, Yusli, Fisi, Aida n Izzad serta Pn. K (Unit F&B), Nisa (Unit PKP), Aishah (Unit Kewangan) dan Pak Tam (x-PICC) tidak ketinggalan terbang ke Kuching untuk sama2 memeriahkan majlis perkahwinan dorang...










Sorang lagi geng AV yang bertemu jodoh pada tahun ini adalah Fikri... Dia telah dinikahkan dengan pilihan hati, Norhayaty pada Mei 2010.... Dorang ni bercinta dari zaman sekolah lagi... Akhirnya bersatu jua... Alhamdulillah.... Majlis mereka berlangsung di Ipoh, Perak... Kedua2 nya memang berasal dari sana... Kami beramai2 telah konvoi ke Ipoh untuk memenuhi undangan mereka....






Tidak ketinggalan Pn. Nuurul juga telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Cikgu Ruwaidi... Setelah pelbagai 'kontroversi' akhirnya Pn. Nuurul berjumpa juga dengan idaman hati.... Cikgu Ruwaidi merupakan kawan sekerja Pn. Nuurul semasa Pn. Nuurul bekerja di Seremban.... Siapa sangka rupanya jodoh dia dengan kawan lama.... Majlis pertunangan mereka telah diadakan pada 18 Julai 2010 di rumah mak cik Pn. Nuurul di Presint 14, Putrajaya....







No comments:

Post a Comment